Ahad, 27 Mei 2018

KINI - BR1M Dibayar Sebelum Hari Raya Aidilfitri

KINI - BR1M Dibayar Sebelum Hari Raya Aidilfitri | Yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba, BRIM atau BR1M akan di bayar sebelum umat islam menyambut hari raya aidilfitri. Alhamdulillah syukur dan ucapan tahniah bagi penerima Brim, semoga adanya pemberian ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban anda.

SHAH ALAM – Kerajaan mengumumkan akan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang berkelayakan sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti.

KINI - BR1M Dibayar Sebelum Hari Raya Aidilfitri


artikel berkaitan :

Cara SEMAK Dan Daftar BRIM 2018 Online



Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Twitter rasminya, hari ini.

Beliau berkata, maklumat lanjut berkenaan pemberian BR1M yang akan ditukar nama itu akan diumumkan minggu hadapan.



“Seperti mana yang diarahkan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu hadapan,” tulisnya.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini memaklumkan pemberian BR1M akan diteruskan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimanya.

“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya

Semoga  BR1M Dibayar Sebelum Hari Raya Aidilfitri dapat ceriakan hidup anda dibulan mulia ini.
Latest
Next Post

post written by:

0 comments: