Khamis, 3 Mei 2018

Cara Semak IMEI Handphone



Cara Semak IMEI Handphone | Bagaimanakah cara untuk mengetahui no IMEI telefon bimbit anda? Penting sangatkah IMEI ini?

Nombor IMEI: Pengenalan ringkas

IMEI adalah kata singkatan bagi ” International Mobile Equipment Identity “. Ia wujud dalam bentuk nombor dan unik – Setiap telefon mempunyai nombor IMEI yang berbeza.

APAKAH KEGUNAAN IMEI ?
IMEI digunakan oleh GSM untuk mengenalpasti setiap telefon bimbit. Dalam erti lain kata IMEI digunakan untuk mencegah aktiviti penjualan dan penggunaan telefon bimbit yang dicuri.

Kenyataan diatas amat penting dan harus diketahui oleh semua pengguna handphone.


Jika handphone anda dicuri, anda boleh melaporkan kecurian tersebut dan menghantar nombor IMEI handphone tersebut pada service provider anda (celcom, Digi, Maxis dan sebagainya) untuk disenarai hitamkan.

Jika IMEI tersebut disenarai hitamkan (blacklisted), handphone tersebut tidak dapat digunakan sampai bila-bila walaupun si pencuri tadi menganti SIM handphone tersebut.

STRUKTUR NOMBOR IMEI
IMEI terdiri daripada 15-16 digit nombor. Berikut merupakan contoh nombor IMEI.

Cara Mendapatkan Nombor IMEI
Berikut merupakan cara untuk mendapatkan nombor IMEI untuk telefon bimbit jenis Android dan juga iPhone.

UNTUK ANDROID
1. Dail *#06#
Seperti mana-mana telefon GSM anda boleh mendapatkan nombor IMEI dengan mendail kod *#06# pada handphone anda. Nombor IMEI handphone anda akan keluar selepas anda habis mendail kod tersebut.

2. Daripada Setting Handphone
Untuk mencari nombor IMEI daripada setting pergi ke: Setting>About Device>Status. Skrol skrin anda sehingga anda jumpa IMEI.

3. Dalam Google Dashboard
Jika anda pernah memuat turun aplikasi daripada Google Play maklumat handphone anda ada tersimpan dalam Google Dashboard. Buka Google Dashboard dan log in. Pergi ke bahagian Android devices. Nombor IMEI anda akan terpapar di sini.

Cara ini amat berguna jika handphone anda hilang dan anda ingin melaporkan kehilangan handphone tersebut.

4. Dibawah Bahagian Bateri
Jika handphone anda adalah jenis yang baterinya boleh ditanggalkan, selalunya nombor IMEI ada diletakkan didalam bahagian bateri tersebut.

5. Kotak Handphone
Jika anda masih lagi menyimpan bekas kotak handphone tersebut, cuba lihat pada bahagian tepi atau belakang. Selalunya nombor IMEI diletakkan pada bahagian ini.

UNTUK IPHONE
1. Dail *#06#
Seperti Android cara yang paling mudah untuk mendapatkan IMEI handphone anda adalah dengan mendail kod *#06#.

2. Daripada bahagian setting
IMEI juga boleh disemak pada bahagian setting. Pergi ke Setting>General>Device Information dan cari no IMEI.

3. Melalui iTunes
Selain daripada itu anda boleh mendapatkan no IMEI melalui aplikasi iTunes. Masuk ke dalam akaun iTunes anda dan pergi ke bahagian “phone information”. Klik 2 kali pada iPhone anda untuk mempamerkan no IMEI.

4. Belakang iPhone anda
Nombor IMEI juga ada tertera pada bahagian belakang iPhone anda seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikut.

5. Pada bekas kotak handphone
Jika anda masih menyimpan kotak iPhone anda, cuba lihat pada bahagian belakang kotak tersebut. No IMEI ada dicetak pada bahagian bawah bersama-sama info lain seperti snombor siri.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: