Sabtu, 5 Mei 2018

Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2018



Biasanya orang ingin Semak Harga Pasaran Rumah kerana mahu dapatkan harga semasa tanah, market value rumah, nilai semasa bangunan dan sebagainya.

Penting Ke Semak Harga Pasaran Rumah?

Bagi menjawab soalan ini, saya akan kemukakan sebab utama kenapa pemilik / owner rumah perlu semak harga pasaran

1. Harga Pasaran merupakan salah satu faktor yang mempercepatkan proses jual beli rumah. Kenapa? Sebab rumah di bawah harga pasaran menjadi trigger buat pembeli di luar sana. Pembeli sangat teruja dengan rumah di bawah harga pasaran (below market value). Pembeli tak perlu topup duit yang banyak. Boleh mark-up loan.

Tapi harus diingat, penetapan harga dijual (Selling Price) adalah ditentukan oleh owner bukannya ejen hartanah. Sama ada below atau above market.

2. Boleh tahu tentang potensi hartanah anda. Hal ini berkaitan dengan pelaburan iaitu Capital Appreciation. Berapa peratusan kenaikan nilai (appreciation) hartanah anda setiap tahun. Bila anda dah minta ejen hartanah semak harga pasaran, anda dah boleh prepare untuk jual hartanah anda =)

Ok, cukup dulu 2 point ini. Nanti akan diterangkan secara details.

Cara Semak Harga Pasaran Rumah Melalui Ejen Hartanah

Saluran untuk semak harga pasaran rumah ada banyak. Tapi yang paling best adalah melalui ejen hartanah! Kenapa? Sebab ejen hartanah akan bantu anda tanpa anda perlu rujuk banyak pihak.

Kebiasaannya ejen hartanah ada rangkaian (networking) dengan banyak pihak yang terlibat seperti peguam hartanah, banker, jurunilai dan prospek pembeli.

Ini bermakna, urusan anda dipermudahkan dan dipercepatkan. Tidak perlu berhubung dengan banyak pihak. Serahkan sahaja kepada ejen hartanah. Pastikan ejen hartanah berdaftar ye.

Perkara yang perlu diambil perhatian apabila berurusan dengan ejen hartanah ialah

1. Pilih ejen hartanah berdaftar (ejen hartanah di sini termasuklah perunding hartanah). Bagaimana nak tahu berdaftar atau tidak. Boleh rujuk no kod pendaftaran iaitu seperti REN 17585. Boleh rujuk di pautan Servis Ejen Hartanah

2. Berikan maklumat lengkap berkaitan dengan rumah


  • Alamat rumah
  • Jenis rumah (semi-d, banglo, teres, 2 tingkat, 1 tingkat dsb)
  • Keluasan rumah (luas tanah dan bangunan)
  • Details renovation (extent dsb)
  • Maklumat owner (nama, no HP, emel dsb)


Servis semak harga pasaran rumah ini saya hanya buat untuk pemilik atau pembeli rumah untuk dijual sahaja.

Boleh Ke Saya Semak Sendiri Market Value Rumah Saya?
Ya sudah tentu boleh, jika Tuan/Puan adalah owner atau buyer untuk sesebuah hartanah, Tuan/Puan boleh terus check nilai pasaran tersebut:

1. Melalui laman web Brickz, iaitu sebuah laman web yang memaparkan hasil transaksi jual beli hartanah yang lepas. Namun harus diingat, data tersebut perlu diintegrasi dengan lawatan tapak. Data tersebut hanya paparkan Tahun Jualan, Harga Jualan dan Alamat Jualan (no unit dipaparkan bagi subscribed user sahaja)

2. Membuat anggaran harga pasaran melalui laman web Mudah.my walapun data melalui mudah tak boleh dijadikan evidence sepenuhnya, namun ia sebagai satu anggaran harga permulaan daripada owner.

Semakan melalui bank. Ye, melalui penilaian bank. Ia lebih mudah. Lagi bagus sekiranya buyer yang terus berurusan dengan bank. Kadang-kala data penilaian adalah berbeza pada sesetengah bank.
Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan:

  1. Adakah anda sedang mencari pinjaman yang sangat asli? pada kadar faedah yang berpatutan? diproses dalam tempoh 4-6 hari bekerja. Adakah anda telah ditolak secara berterusan oleh Bank anda dan institusi kewangan lain? Berita baik ada di sini !!! Saya menawarkan pinjaman pada kadar faedah 4.%. PINJAMAN untuk membangunkan perniagaan dan peningkatan daya saing / perniagaan.
    Saya menawarkan jenis pinjaman dan banyak lagi:
    * Pinjaman peribadi (Pinjaman Tidak Bercagar)
    * Pinjaman Perniagaan (Pinjaman Tidak Bercagar)
    * Pinjaman Penyatuan Hutang
    * Gabungan Pinjaman, Pinjaman Keras Wang
    * Pembaikan rumah
    * Pinjaman Kereta, pinjaman hartanah dan pinjaman Pelaburan.
    KELAYAKAN:
    1) Peminjam mestilah berusia kurang dari 18 tahun
    2) Walaupun dengan kredit Buruk, kami masih Menjamin Peminjam Pinjaman
    3) Pinjaman Boleh Diberikan Walaupun dengan kredit rendah
    4) Tiada penalti bayaran.
    5) Anda tidak memerlukan Co-Signer
    6) Anda mestilah Warganegara atau mempunyai permit kediaman di mana anda berada
    memohon dari.
    Hubungi: Bolandloanservices4all@gmail.com
    Terima kasih

    BalasPadam