Sabtu, 21 April 2018

Cara MUDAH Semak Daftar Pemilih Pilihanraya SPR Secara Online Dan SMS


Cara Semak Daftar Pemilih Pilihanraya SPR Secara Online Dan SMS | Anda bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU14 akan datang? Panduan buat mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih pilihanraya. Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh disemak secara Online.

Antara maklumat semakan yang boleh diketahui adalah maklumat peribadi pemilih dan daftar mengundi/ pemilih yang telah disahkan. Ianya termasuk lokaliti, tempat daerah mengundi, lokasi DUN dan Parlimen serta pusat mengundi/ saluran.

Selain semakan secara online, semakan daftar pemilih pilihanraya juga boleh disemak melalui kaedah semakan SMS, dan aplikasi MySPR Semak.

Sila buat semakan daftar pemilih mengikut cara/ langkah berikut :-

A. Semakan Daftar Pemilih SPR Online

Berikut adalah langkah mudah membuat semakan atas talian :-

Layari Laman Web Semakan Pemilih SPR.
- Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa “-” atau “space”)
- Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) yang diwartakan pada 10hb April 2018

CONTOH SEMAKAN




B. Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Melalui SMS

Cara membuat semakan daftar pemilih melalui kaedah SMS adalah seperti berikut :-

Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888


C. Semak Melalui Aplikasi MySPR Semak

MySPR Semak adalah Aplikasi semakan daftar pemilih dan keputusan PRU yang boleh dimuat turun di Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma. Selain itu, pengguna boleh juga membuat semakan nama calon yang bertanding pada pilihan raya (Calon DUN dan Parlimen).

D. Panggilan ke Call Center

Sila hubungi No : 03-8892 7018
Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan: