Khamis, 12 April 2018

5 Langkah Semak Atau Kesan Kanser Payudara

5 LANGKAH SEMAK ATAU KESAN KANSER PAYUDARA | ramai wanita diluar sana memandang remeh tentang hal ini, sedangkan kanser payudara ini pembunuh nombor satu bagi kaum hawa. Kita sedia maklum kanser amatlah bahaya dan jika terlambat mencari penawar mati menunggu kita. Hakikatnya kematian itu di tangan TUHAN. Ramai yang tidak sedar akan kanser ini sehingga mereka hadapi kanser oada tahap akhir baru diketahuinya.



Mungkin juga cara penjagaan tubuh badan dan diet sihat yang kita amalkan sudah disempurnakan dan dipraktikkan tetapi siapa boleh melawan takdirkan? Jadi, sebelum ianya terlambat, lebih baik mengesannya lebih awal agar masih ada peluang dan cara untuk kita mengubatinya. Betul tak?

Jom kita semak dengan awal adakah kita ada penyakit kanser payudara atau tidak.

Simptom:

  • Perubahan rasa pada sekitar payudara atau puting.
  • Puting dan payudara kelihatan membengkak atau menebal.
  • Perubahan pada tekstur kulit atau pori kulit pada bahagian tersebut kelihatan terbuka lebih besar.
  • Ketulan yang muncul di bahagian bawah lengan. Namun tidak semua adalah tanda awal kepada kanser.
  • Perubahan pada saiz atau payudara anda.
  • Payudara kelihatan mengecut  lebih-lebih lagi jika hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja.
  • Simetri payudara kelihatan berbeza dari sebelumnya. Sememangnya wanita mempunyai payudara yang berbeza daripada segi saiz di kedua-dua bahagian. Namun jika ianya terlalu ketara perubahan simetri tersebut, adalah digalakkan untuk melakukan pemeriksaan doktor.
  • Payudara atau disekeliling puting menjadi kemerahan atau membengkak.

Cara Melakukan Pemeriksaan Payudara di Rumah

Langkah 1: 
Mulakan dengan memerhati payudara anda di depan cermin dengan postur bahu menegak dan meletakkan lengan anda di atas tulang pinggang.
Perhatikan dari segi saiz, bentuk, rona, dan mengesan terus bengkak di bahagian payudara.
Jika anda mengenal pasti sebarang kelainan pada payudara anda seperti kemerahan dan pembengkakkan, adalah lebih baik untuk terus mendapatkan pemeriksaan pakar.

Langkah 2:
Angkat kedua-dua belah tangan dan lihat pada perubahan yang sama seperti di atas.

Langkah 3:
Tatkala anda berada dihadapan cermin, perhatikan sebarang tanda cecair yang keluar dari sebelah atau kedua-dua belah puting. Ianya mungkin air, susu, cecair kekuningan atau darah.

Langkah 4:
Melakukannya dalam keadaan berbaring, menggunakan tangan kanan anda untuk memeriksa payudara di sebelah kiri dan seterusnya di sebelah kanan. Lakukan secara perlahan-lahan dengan lembut. Rapatkan jari dan lakukan pemeriksaan di bahagian payudara dalam pergerakan membulat. Periksa keseluruhan payudara lebih-lebih lagi di bahagian bawah lengan.

Langkah 5:
Terakhir sekali, lakukan pemeriksaan yang sama seperti langkah 4 tetapi dengan postur berdiri atau duduk. Ramai wanita mendapati ianya lebih mudah untuk memeriksa secara terperinci payudara apabila kulit dalam keadaan basah dan licin. Jadi, majoriti golongan wanita suka melakukan pemeriksaan ini ketika mandi.

Selebihnya berjumpalah doktor pakar dalam bidang kanser ini. Semoga artikal INI dapat memberi manfaat pada semua.SEMAK
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: