Jumaat, 2 Februari 2018

Cara SEMAK Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali Secara Online

Cara SEMAK Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali Secara Online | Dalam mendepani arus globalisasi, pernah tak anda menerima telefon daripada nombor yang tidak dikenali? Dan dalam kebanyakan masa pasti anda berat untuk menerima panggilan tersebut kerana ianya daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Tetapi bagaimana jika panggilan tersebut merupakan panggilan kecemasan daripada seseorang yang anda kenali?

Oleh hal yang demikian, saya sendiri sangat keberatan untuk menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Apabila menerima panggilan yang tidak dikenali, saya terus terfikir panggilan tersebut adalah panggilan berkaitan pelbagai promosi insuran dan takaful. Meskipun insuran dan takaful itu baik untuk diri kita, tetapi jika hampir setiap minggu ada sahaja panggilan berkaitan takaful, saya rasa itu agak keterlaluan. Jika anda adalah seorang perempuan, pastinya lebih banyak ragam panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali termasuk panggilan daripada lelaki-lelaki yang 'mencuba nasib'.

Saya berpendapat , pada kali ini saya nak kongsikan cara untuk kita semak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali. Kita boleh mengenalpsati pemilik nombor telefon yang tidak dikenali dengan menggunakan Truecaller.

Apa itu Truecaller?

Truecaller adalah laman web (dan aplikasi android) yang boleh digunakan untuk mengesan nombor telefon yang tidak dikenali. Truecaller boleh digunakan secara percuma. Kita hanya perlu log masuk dengan menggunakan akaun Gmail kita dan kita sudah boleh menggunakan laman web ini. Saya cadangkan anda terus cuba semak no telefon anda sendiri terlebih dahulu di laman web ini. Anda pasti akan terkejut melihat keputusannya.

Sebagai contoh, saya cuba semak no telefon emak saya dan saya dapati maklumat no telefon tersebut ada di Truecaller!



LIHAT JUGA ARTIKEL : Cara SEMAK Atau Membeli Tiket AirAsia Secara Online

Anda boleh gunakan cara yang sama untuk menyemak nombor telefon yang anda tidak kenali. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tidak semua nombor ada maklumat di Truecaller.

Oh ya, jika anda periksa nombor telefon anda dan dapati maklumat yang dipaparkan kurang menyenangkan anda, anda boleh mohon kepada Truecaller untuk Unlist nombor telefon anda daripada sistem Truecaller. Anda hanya perlu isi borang ringkas di Truecaller Unlist





Saya berpendapat, kini anda tidak perlu terlalu risau sekiranya anda dihubungi oleh orang tidak dikenali. Semak dahulu nombor telefon tersebut. Sekiranya nama yang terpapar merupakan orang yang dikenali, anda boleh hubungi semula nombor telefon tersebut. Sekiranya nombor tersebut tiada dalam data ataupun nombor dengan nama yang tidak dikenali, saya cadangkan elok untuk panggilan tersebut tidak dijawab.

Itulah cara untuk semak nombor telefon yang tidak dikenali. Terima kasih kerana membaca artikel ini dan kongsikan dengan rakan-rakan supaya informasi ini dapat dipanjangkan kepada orang lain juga :-)

Namun harus diingat :
  1. PERTAMA, jika tidak kenal nombor tersebut, jangan panggil semula. Jika ianya panggilan yang penting, pastinya pemanggil tadi akan memanggil anda semula.
  2. KEDUA, jika anda betul-betul mahu memanggil semula, cuba Google dahulu nombor tersebut. Mungkin ada orang lain yang berpengalaman dengan nombor itu, berkongsinya di dunia internet.
  3. KETIGA, jika anda jarang membuat panggilan ke luar negara, anda boleh meminta syarikat telekomunikasi anda untuk menghalang panggilan ke luar negara di talian anda.

Jangan biarkan diri anda, mahupun keluarga dan rakan handai menjadi mangsa penipuan panggilan antarabangsa ini. Beringat sebelum kena, cegah sebelum parah.

Akhirulkalam, terima kasih kerana membaca Cara Semak Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali


LIHAT JUGA ARTIKEL : Cara SEMAK Syarikat Insuran/Takaful Kereta Anda Secara Online
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: