Jumaat, 2 Februari 2018

Cara SEMAK Atau Membeli Tiket AirAsia Secara Online

Alangkah bahgianya dapat menaiki pesawat berjenama Boeing atau Airbus, duduk dikerusi empuk kelas perniagaan, makan dan minum diatas awan bagaikan raja, tidur diselimut peramugari atau peramugara, naik dan turun dihampar karpet merah, tiada masalah di lapangan terbang, melancong dengan indah dan selesa, dan yang paling gembira adalah saat berjaya menempah tiket penerbangan beserta diskaun yang mampu buat kawan-kawan terlopong.

Cara SEMAK Atau Membeli Tiket AirAsia Secara Online | Dalam mendepani arus globalisasi., Airasia terkenal dengan penerbangan tambang murah dan diminati ramai. Rakyat berpendapatan rendah tak mampu nak beli tiket yang mahal-mahal, nasib baik ada AirAsia selalu buat offer. Syarikat ini acap kali membuat promosi free seat atau seat yang cuma berharga beberapa sen. Aidilfitri, CNY, Deepavali, Krismas, Merdeka, 16 Sept, hujung tahun, awal tahun, tengah tahun, cuti sekolah dan saja-saja pun Airasia akan mempromosikan tambang percuma.

Cara-cara membuat tempahan secara online adalah sangat mudah dan pantas.

Step 1
Sekiranya dah tentukan lokasi percutian idaman, terus layari laman web Airasia melalui browser atau aplikasi android (yang sedikit berlainan pada paparan/interface).

http://www.airasia.com/

Step 2
Pilih airport untuk berlepas (Origin) dan airport bagi mendarat (Destination). Pilih tarikh depart dan return. Option untuk penerbangan sehala/one way boleh dipilih sekiranya masih belum tentukan tarikh untuk balik rumah atau takmau balik langsung. Kemudian klik 'search'.



Step 3
Seterusnya, kita akan memilih waktu dan harga tiket mengikut kemampuan dan kekangan masa. Jumlah bayaran boleh dilihat di kotak kelabu sebelah kanan yang juga memaparkan sedikit detail tentang khidmat yang kita bayar. Selesai klik 'Continue'.




LIHAT JUGA ARTIKEL : Cara SEMAK iPhone Original Atau Tidak

Step 4
Sampai pula giliran jejari untuk menaip masuk maklumat peribadi. jika dah ada akaun Airasia, boleh terus login. lebih jimat masa. Klik pada 'Guest 1' dan tick pada 'I'm flying' kalau beli tiket untuk diri sendiri.Untuk orang lain kena key in semula k.




Step 5
Seterusnya, Pick a seat. ikut suka nak pilih tepi tingkap atau tengah-tengah. Ada juga Premium seat yang mungkin dekat dengan toilet atau dekat dengan pintu keluar, entah aku pun tak faham.



Step 6
Seterusnya adalah semak dan bayar. Ada banyak pilihan untuk bayar dan banyak juga pilihan bank yang ada untuk Internet Banking. Sekiranya menggunakan internet banking, browser akan direct ke page bank kita tu, dan settlekan bayaran jangan dipangkah tab itu ya.




Step 7
Akhir sekali, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Gunakan nombor tempahan tersebut untuk semak nanti.




LIHAT JUGA ARTIKEL : Cara SEMAK iPhone Original Atau Tidak

Akhirulkalam, selamat bermusafir dan selamat melalui pengalaman pertama menaiki kapal terbang. Rajin-rajinlah check website AirAsia untuk dapat tahu offer terbaru.

Selamat meneroka. Assalamualaikum.
Previous Post
Next Post

post written by:

2 ulasan: