Rabu, 27 September 2017

Cara SEMAK Scammer Online

Cara Semak Scammer Online | Bagaimana cara nak semak akaun scammer online atau lebih tepat lagi peniaga atas talian yang sering menipu pelanggan mereka. Mereka ini sengaja mengambil kesempatan dan berpura-pura menjual barang di mana-mana platform seperti facebook, twitter, instagram, mudah dan lain-lain.




Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru sahaja melancarkan sebuah portal semakan baru untuk membolehkan orang awam menyemak terlebih dahulu akaun bank peniaga online penipu yang pernah dilaporkan kepada pihak Polis.

Portal khas PDRM itu dibuat bertujuan membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.

Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.

Cara Semak Scammer Online

1-Klik sini http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

2-Anda boleh semak melalui 2 cara iaitu, dengan memasukkan no akaun bank atau no telefon yang anda nak semak.

3-Klik butang semak maklumat sebelum apa-apa maklumat dipaparkan.

Jika peniaga ada memaparkan nama perniagaan atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat, anda boleh menyemaknya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda boleh membaca cara-cara menyemak senarai peniaga berdaftar dengan SSM disini. Cara menyemak peniaga berdaftar SSM. Jangan membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai "ABC Enterprise", nama akaun bank juga perlulah sebagai "ABC Enterprise".

Berhati-hatilah ketika membuat belian secara online.
Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan: