Rabu, 23 Ogos 2017

Semak Nama Untuk Mengundi Secara Online dan SMS

Semak Nama Untuk Mengundi Secara Online dan SMS | Sudahkah anda boleh mengundi? Sudahkah anda daftar undi? Individu warganegara Malaysia yang sudah mencapai umur 21 tahun sudah layak untuk membuat pendaftaran pemilih bagi Pilihan Raya Umum ( PRU ) dan Pilihan Raya Kecil ( PRK ) yang diadakan di Malaysia. Pengundi berdaftar bolehlah menyemak daftar pemilih untuk mengesahkan lokasi tempat mengundi serta maklumat lain daftar undi secara online atau melalui SMS. Tidak perlu tunggu pilihan raya hampir dekat baru kaluk untuk daftar undi. Sekarang mudah hanya daftar undi boleh dibuat secara online dan sms.



Anda boleh daftar undi dengan dua cara paling mudah :-


1. Semak daftar Pemilih secara online

- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah sediakan satu laman web mesra pengguna untuk memudahkan anda menyemak daftar pemilih yang disahkan secara atas talian. Cara semak seperti berikut :-



a) Layari laman web Semakan Daftar Pemilih SPR Klik Link di bawak

b) Masukkan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar ke dalam kotak disediakkan

c) Klik butan Semak

Nota: Anda akan mengetahui dengan lebih detail seperti maklumat tarikh lahir,jantina,daerah mengundi dan lain-lain.

2. Semak Daftar Pemilih Melalui SMS

Sangat mudah anda boleh semak daftar pemilih dengan hanya melalui pesanan ringkas SMS menggunakan telefon pintar anda.



a) Taip mesej: SPR<jarak>[No.KP]
Contoh : SPR 870524295473

b) Hantarkan ke 15888

atau:

a) Taip mesej: SPR<jarak>SEMAK<jarak>{No.KP}
Contoh : SPR SEMAK 870524295473

b) Hantarkan ke 15888

Nota: setiap penghantaran akan dicaj sebanyak 15sen malaysia dan 20sen malaysia setiap penerimaan mesej.

Admin berharap artikel semak nama mengundi secara online dan sms dapat membantu anda dengan mudah, jangan lupa daftar undi dan jadilah pengundi yang bijak.



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: